Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump buat pertama kali mengakui bahawa beliau berpendapat Rusia terlibat di dalam penggodaman sistem milik Parti Demokrat semasa pilihan raya presiden yang lepas. Akan tetapi beliau menambah bahawa negara-negara lain turut melakukan perkara yang sama dengan menggodam (sistem milik) A.S.
"Saya rasa Rusia terlibat. Akan tetapi bukan sekadar Rusia sahaja," Trump berkata pada hari Rabu semasa sidang akhbar pertamanya sejak Julai tahun lepas. Sidang akhbar itu didominasi dengan isu berkaitan dakwaan serangan siber Moscow ke atas pertubuhan politik A.S sebelum pilihan raya 2016.
Pada hari Jumaat lepas, agensi-agensi perisikan A.S menerbitkan sebuah laporan yang mendakwa Rusia menggodam emel Parti Demokrat untuk mempengaruhi proses Pilihan raya Presiden sambil membuat kesimpulan bahawa Presiden Putin cuba untuk membantu Trump di dalam mengalahkan Hillary Clinton.
Emel yang digodam itu kemudiannya dilaporkan diserahkan kepada WikiLeaks oleh individu yang bekerja dengan kerajaan Rusia. Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam emel tersebut sering menjadi sumber aib buat Hillary Clinton sepanjang proses pilihan raya itu dan mungkin juga mengakibatkan beliau tewas mengejut kepada Trump.
11 Januari 2017 - 21:02
News ID: 804391
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump buat pertama kali mengakui bahawa beliau berpendapat Rusia terlibat di dalam penggodaman sistem milik Parti Demokrat semasa pilihan raya presiden yang lepas. Akan tetapi beliau menambah bahawa negara-negara lain turut melakukan perkara yang sama dengan menggodam (sistem milik) A.S.